Mulakan dengan membaca doa sebelum mengambil wuduk.
"Ya Allah, ampunilah dosaku, lapangkanlah rumahku, dan berkatilah rezekiku.”
1. Membersihkan kedua tapak tangan.
2. Berkumur-kumur.
3. Membersihkan hidung.
4. Baca Bismillah dan terus basuh muka 3 kali sambil membaca niat...
"Sahaja aku mengambil wuduk untuk menghilangkan hadas kecil kerana Allah Taala."
5.Membasuh kedua tangan sampai ke siku sebanyak 3 kali. Kanan dan baru kiri.
6. Menyapu air ke kepala sebanyak 3 kali.
7. Membersihkan telinga sebanyak 3 kali. Kanan ke kiri.
8. Membersihkan kaki sehingga ke buku lali sebanyak 3 kaki.
9. Membaca doa sesudah wuduk.
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada sekutu bagiNya. Aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya. Ya Allah, jadikanlah aku daripada orang-orang yang bertaubat, jadikanlah aku daripada orang-orang yang bersih, dan jadikanlah aku daripada golongan hambaMu yang soleh.”